Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Saya masih Islam, bukan kafir - Fatiya Latiff
Diterbitkan:  Mar 25, 2024 2:17 PM
Dikemaskini: 6:17 AM

Pelakon sensasi Fatiya Latiff menegaskan masih mengamalkan ajaran Islam dan menafikan dakwaan dia sudah murtad.

Katanya, tuduhan dia sudah keluar dari agama Islam hanyalah spekulasi yang dibuat netizen berdasarkan video tular di TikTok.

“Saya masih mengamalkan (ajaran) Islam, mereka membuat andaian dari komen-komen di TikTok yang tidak benar dan tanpa asas.

“Kafir ialah kata-kata yang kasar, bukan saja dalam kalangan Muslim tapi penganut agama lain,” katanya di Instagram.

Pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff itu baru-baru ini mengundang kerisauan umum apabila memberi amaran untuk keluar agama akibat dirinya sering menerima kritikan melampau dalam media sosial.

Pelakon drama Dalam Setiap Sujud itu yang sebelum ini bertudung antaranya mengugut untuk minum arak dan memakai seluar pendek gara-gara bengang dengan tohmahan ramai.

Nama Fatiya, 36, sebelum itu meraih perhatian apabila menyindir isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza iaitu Zahirah Macwilson dengan menyamakan wajah aktres itu seperti bibik.

Untuk rekod, Fatiya dipercayai meluahkan kata-kata sedemikian kerana mempunyai sejarah hubungan romantis dengan aktor Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu.

Pada hantaran sama, Fatiya menegaskan semua perkongsiannya sebelum ini sekadar luahan perasaan.

Malah katanya, komen-komen netizen tidak pernah menjejaskan emosinya.

“Semua video TikTok saya adalah pandangan saya sendiri dan ia adalah cara saya mengekspresikan diri.

“Netizen pula, tidak pernah memberi kesan terhadap kehidupan saya dalam apa jua cara sekalipun,” katanya.

--

Lihat Komen
ADS