Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Aurora Borealis lebih terang di ambang 2016
Diterbitkan:  Dec 30, 2015 11:50 AM
Dikemaskini: 4:24 AM

PANORAMA Warga Bumi dijangka akan dapat menyaksikan fenomena pancaran cahaya Aurora Borealis yang lebih terang menjelang tengah malam esok akibat satu letusan solar gergasi.

Agensi Amerika Syarikat, National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menjangka letusan mega di permukaan matahari itu akan berlaku pada awal pagi 30 Disember, waktu tempatan.

Menurut NOAA, kesannya dijangka akan menyebabkan berlaku ribut magnetik kuat yang seterusnya akan menyebabkan pancaran cahaya aurora borealis bertambah kuat

Kesannya akan berlarutan sehingga ambang tahun baru, kata seorang ahli fizik NOAA, Terry Onsager seperti dipetik laporan akhbar San Francisco Chronicle .

“Ia pastinya boleh berlaku... bergantung kepada kekuatan ribut tersebut. Jika ia menjadi lebih kuat dari itu, (fenomena cahaya aurora borealis) boleh dilihat,” kata Onsager.

Ribut magnetik itu dijangka akan mencecah tahap G3 dalam skala sukatan medan magnet (skala antara G1 hingga G5).

Ribut pada skala G3 biasanya akan menyebabkan ketidakstabilan pada bekalan elektrik, gangguan teruk pada gelombang radio pada altitud tinggi dan juga menjejaskan penerimaan GPS.

Lihat Komen
ADS