Saya merujuk kepada tulisan Kuntakinte Malaysia 'Siapa yang menipu?' (Jan 3) yang mendakwa Ahmad Lufti telah berbohong dalam laporan BPRnya.

Mengikut undang-undang defamation , sekiranya Ahmad Lufti telah berbohong mengenai tingkahlaku Mohd Khir Toyo, maka yang kena fitnah ialah Mohd Khir.

Beliaulah orang yang patut mengambil tindakan untuk menyaman malu Ahmad Lufti kerana slander . Ahmad Lufti cakap Mohd Khir macam-macam, kaki rasuahlah, salahguna kuasalah dll. Apa kena mengena dengan orang lain? Kalau Mohd Khir tak saman Lofti, maka tohmahan itu dianggap betul?

Orang lain tak ada locus standi nak masuk campur. Lufti buat lapuran. Yang terkena, badan Mohd Khir. Bukan badan orang lain Kalau orang lain nak menyibuk, nasihat sahaja Mohd Khir pergi saman Ahmad Lufti. Ini undang-undang negara dewasa ini, kalau belum diubah oleh sesiapa.

Ini masalahnya orang Umno. Untuk kami rakyat jelata, siapa memerintah negara ini tidak penting. Umno boleh, PAS boleh dan Keadilan pun boleh. Yang tak boleh memerintah ialah ahli politik yang korup, yang rasuah dan yang salahgunakan kuasa tak kira dari parti mana dia datang.

Kalau begini sikap rakyat, negara akan selamat.