Apakah maruah yang dimiliki oled BN?
Honour? What honour? Dalam laporan malaysiakini ''BN retains Indera Kayangan, larger majority' (Jan 19), Dr Mahathir menyebut: "the honour of Barisan Nasional has been regained".
Apakah maruah yang dimiliki oleh BN? Dengan penipuan demi penipuan, memonopoli rangkaian media massa di Malaysia, melaksanakan propaganda terhadap Keadilan dan Barisan Alternatif dan memiliki ahli-ahli dan kepimpinan yang bangga dengan budaya samseng tak berkesudahan.
Di manakan dicari maruah itu? Bila rakyat yang tidak menyokong BN ditakut-takuti sehingga mereka tidak keluar mengundi dan diganti dengan hantu-hantu yang memangkah BN. Orang Umno sendiri yang menjelaskan taktik ini.
Tindak-tanduk Umno di Indera Kayangan seperti merumuskan bahawa: Honour means nothing to Umno, only winning at any cost .
Maka keberkatan dalam pemerintahannya akan dikikis satu demi satu sehingga memaksanya untuk berubah.
Barisan pencita keadilan akan tetap istiqamah dan bersabar sehingga datangnya ketika itu. Segala kerja yang patut dan mampu dilaksanakan dalam suasana yang dicipta oleh kuasa Mahathir akan terus di bereskan. Namun, menoleh ke belakang atau berpatah arang, tidak sekali-kali.
Makin dihimpit, makin menjadi;
Makin diganyang, makin membara.
Post-mortem pilihanraya Indera Kayangan menyaksikan kenaikan 30 peratus undi dari kalangan maysarakat bukan Melayu, khususnya Cina. Yang mengecewakan ialah sektor pengundi Melayu yang pada zahirnya telah menunjukkan penurunan sebanyak 25 peratus (daripada 60 peratus kepada 40 peratus sahaja).
Laporan-laporan yang dibuat oleh Keadilan tentang hantu-hantu dan kad pengenalan yang "dicuri" kurang diberi perhatian oleh pihak-pihak berwajib yang cuba meremehkan perkara tersebut. Peraturan-peraturan pilihanraya di beberapa tempat memberi advantage kepada BN.
Maka apakah maksud Dr Mahathir tentang BN bermaruah?


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.