Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya amat bersetuju dengan pendapat 'Dulu Melayu, Kini Muslim' ( Time-warped BN parties should change

, Jan 29).

Malaysia sememangnya ketinggalan kerana masih dibelenggu oleh idea sempit parti perkauman. Ini jauh berbeza dengan masyarakat Eropah misalnya yang telah lama menolak ideologi itu.

Di sana parti-parti perkauman adalah menjadi minoriti dan tidak boleh berkembang. Malah mereka dipimpin oleh mereka yang kecewa dan tidak berpendidikan.

Di Malaysia jua sekarang jelas ada perubahan. Ini boleh disaksikan dari golongan yang berpendidikan dan tidak berkepentingan yang lebih memihak kepada parti yang membela nasib rakyat.

Parti Keadilan, PRM, DAP dan PAS adalah parti yang jelas memperjuangkan nilai-nilai yang lebih universal dan patut menjadi pilihan umum. Dalam pada itu Umno dan kuncu-kuncunya jelas sejak akhir-akhir ini kian terdesak dan cuba menghapuskan kebebasan sejagat.

Mereka menggunakan media untuk mengongkong minda rakyat umum. Mereka langsung tidak memberi peluang kepada parti lawan untuk menjawab dan menerangkan hal sebenar dari pihak mereka. Mereka memperkudakan segala macam agensi hanya untuk kepentingan mereka.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS