Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Berdasarkan tiga kejadian jenayah dalam tempoh seminggu yang berlaku di kawasan rumah teres setingkat berhampiran surau Taman Kajang Utama, maka boleh dianggap ianya tidak selamat sekarang.

Kejadian tersebut membabitkan kes samun sebuah Tadika (berlaku sebelah petang), satu kes ragut (juga petang) dan kes pecah rumah (awal pagi).

Kejadian jenayah juga berlaku di kawsan-kawasan lain dalam Taman Kajang Utama, termasuklah sewaktu cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Difahamkan, satu pertemuan antara Rukun Tetangga (RT) Kajang Utama dengan pihak polis telah diadakan kira-kira sebulan lalu.

Difahamkan ADUNnya, Dr Shafie Abu Bakar dan ketua polis Kajang turut hadir - untuk membincangkan kes-kes jenayah yang berlaku di situ.

Bagaimanapun, difahamkan persepsi dalam pertemuan tersebut ialah nisbah kejadian jenayah di situ tidaklah begitu ketara dan tidak tinggi seperti di kawasan-kawasan luar lain.

Dalam pertemuan tersebut juga, pihak polis juga difahamkan telah berjanji untuk membuat rondaan dengan lebih kerap lagi, di samping memberi tip-tip untuk mengelak jenayah.

Dan ketiga-tiga kejadian yang disebut di atas itu berlaku baru-baru ini sahaja. Jadi, nampaknya tidak berkesanlah apa jua tindakan yang diambil itu.

Diharap pihak ADUN dan pihak keselamatan memandang berat masalah tersebut.

Sekurang-kurangnya, polis buat rondaan pada masa tengahari di kawasan rumah teres setingkat di belakang surau itu di mana setiap hari ada sahaja orang yang bermotosikal 'meronda' secara bebas ke sana ke mari - mungkin untuk mencari mangsa...


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS