Sebagai anak negeri Pulau Pinang saya berasa sangat sedih ke atas pemergiaan Tun Dr Lim Chong Eu, bekas ketua menteri Pulau Pinang. Dr Lim memang seorang tokoh politik yang terkemuka di negara. Beliau tidak bercakap sangat banyak dan rajin bekerja.

Beliau berpandangan jauh dan telah banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan industri di negara ini.

Parti Gerakan Malaysia yang ditubuhkan oleh Dr Lim membentuk kerajaaan baru di Pulau Pinang selepas memenangi pililahan raya negeri pada 1969. Sebaik sahaja membentuk

kerajaaan baru, Dr Lim mula bekerja keras, mempelawa pelabur dari Santa Clara Califonia Amerika Syarikat untuk menubuhkan kilang pengeluaran barangan elektronik di negerinya.

Usaha Dr Lim memberikan harapan baru (nafas baru) kepada negeri Pulau Pinang  yang mengalami kemelesetan akibat kehilangan status pelabuhan bebas pada masa itu.

Penubuhan kilang-kilang eletronik di Pulau Pinang bukan sahaja memberikan peluang pekerjaaan kepada rakyat Pulau Pinang tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan industri hiliran di negara ini. Selain daripada itu, negara juga mendapat manfaat besar terutamanya dari segi pindaan teknologi.

Saya salah seorang yang menerima manfaat dari program Pembangunan Industri yang dimulakan oleh Dr Lim.

Pada tahun 1980an, peluang bagi pemuda-pemudi untuk melanjutkan pendidikan di institut pengajian tinggi adalah kurang, namun bagi kami yang  bekeja di kilang eletronik, kilang multinasional di Pulau Pinang pada masa itu menawarkan pelbagai skim latihan untuk meningkatkan tahap kemahiran kami.

Semasa bekerja di kilang eletronik National Semiconductor, saya diberi peluang mengambil kursus diploma kejuruteraan eletrik dan electronik yang dikendalikan oleh syarikat itu.

Selepas tamat belajar kursus ini, saya diberikan kesempatkan untuk menjalani latihan kemahiran teknikal khas di Jepun di bawah tajaan Kaigai Gijutsu Kenshu Kyoukai (Pertubuhan Latihan Teknikal  Luar Negara atau dalam bahasa Inggerisnya Association of Overseas Technical Scholarship).

Saya akan ingat Dr Lim untuk selama-lamanya bukan hanya sebagai Bapa Perindustrian Pulau Pinang tetapi sebagai seorang yang telah menyumbang untuk pembentukan program universiti terbuka yang paling awal.

Saya hanya berkesempatan untuk berjumpa dengan mendiang satu kali sahaja dan sangat tertarik dengan kata-katanya. Dr Lim percaya yang program pembangunan perindustrian  adalah sangat penting bagi negara ini kerana dikatakan memberi kesan pengandaan yang positif.

Umpamanya, apabila sebuah kilang dengan 1000 orang pekerja ditubuhkan, ia akan menambah lagi 6000 lagi peluang pekerjaan. Ini kerana kilang baru itu juga mewujudkan

permintaan terhadap makanan, perumahan, pakaian, pendidikan, hiburan dan perkhidnatan awam. Kesan positif program pembangunan akan beterusan.

Satu pekara penting yang boleh kita pelajari dari Dr Lim ia lah keberanian mendiang untuk memulakan perubahan positif.

Beliua mengorak t langkah bijak untuk menyertai Barisan Nasional kerana memahami  bahawa perpaduan dan kestabilan  adalah unsur utama  alam pembangunan ekonomi Malaysia.

Bak pepatah Melayu, - Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, jasa baik Tun Dr Lim Chong Eu akan kita ingat untuk selama-lamanya.


 

Penulis adalah ahli jawatankuasa MCA, Kuala Lumpur