Barisan Peguam PKR tak minat kah kes pegawai polis ditetak ketika jalankan tugas?

Saya amat tertarik dalam isu para peguam terutama dari PKR yangg gila publisiti tentang isu mahasiswa dan isu tindakan polis. Padahal umum mengetahui mereka ini kerap ingkar arahan atau tetap berhimpun tapi akan perlihatkan pihak polis kejam jika pihak polis buat halangan.

Ada saja sidang media dibuat untuk hal ini Tapi sepi lansung bila pihak polis ditimpa musibah tertentu.

Terbaru seorang pegawai Polis - Insp Firdaus dari IPD Yan Kedah ditetak ketika jalankan tugas serahan saman pada seorang suspek., mana dia pemimpin atau peguam PKR?

Jangan memilih bulu dalam soal ini. Nak bela, bela semua sebab polis juga rakyat Malaysia.

KITA Kedah ucap syabas kepada pegawai terbabit kerana jujur serta berani dan doakan agar dia cepat sembuh.


Penulis adalah Pengerusi KITA Kedah