Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Dr Collin Tiew, Pengerusi MCA Cawangan Sri Desa, yg mendakwa Datuk Ibrahim Ali Presiden PERKASA sengaja memberi sampul putih kepada  tetamu Cina yang hadir pada rumah terbuka tahun baru Cina anjuran PERKASA baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Dakwaan Dr Tiew tidak adil apabila hanya merujuk berita bergambar Datuk Ibrahim memakai baju merah dan memberi kertas merah di Pasir Mas. Majlis di Pasir Mas itu diusahakan oleh Datuk Ibrahim sendiri untuk masyarakat Cina di situ.

Tapi di majlis PERKASA di Kuala Lumpur diuruskan oleh saya selaku Pengerusi Urusetia majlis tersebut. Datuk Ibrahim datang lewat semasa tetamu yang hadir sedang mengambil makanan.

Sebaik sahaja sampai masa untuk edarkan saguhati sebagai duit raya kepada tetamu warga emas, penolong saya hulurkan sedikit-sedikit sampul putih kpd Datuk Ibrahim yang tidak teringat tentang warna sepatutnya.

Saya percaya dia terlepas pandang hal ini kerana sangat gembira kehadiran yang cukup ramai. Saya tidak tahu samada Datuk Ibrahim tahu atau tidak sampul putih hanya digunakan untuk  pemberian sagu hati bagi keluarga orang Cina yang kematian saudara mara bagi menguruskan pengkebumian si mati.

Tapi yang pasti beliau tidak berniat untuk menghina tetamu yg hadir.

Saya tahu Dr Tiew tertekan sejak isu ini terjadi. Dr Tiew, yang saya dimaklumkan sendiri olehnya, sedang menerima kutukan dan kritik dahsyat sekali dari kalangan masyarakatnya.

Saya juga ada terbaca ada kempen untuk boikot kliniknya. Saya simpati dengan beliau.

Dakwaannya terhadap Datuk Ibrahim hanya untuk mendapat balik kepercayaan masyarakatnya. Yang jelas beliau ada bersama-sama dalam majlis tersebut dan berucap sedikit bersama Datuk Ibrahim di atas pentas.

Apa pun ketika itu pemberian sampul putih belum dibuat. Saya tidak tahu sama ada beliau Dr Tiew sedar atau tidak atau terlupa sampul yg diedarkan berwarna putih tidak sesuai. Kemungkinan beliau sedar tetapi mungkin serba salah untuk menegur hal itu kepada Datuk  Ibrahim.

Mungkin kerana beliau tidak mahu rosakkan majlis orang. Jika beliau berniat begitu saya tabik beliau kerana menjaga hati rakan dari kaum lain. Itulah sepatutnya saling bertolak ansur antara kaum.

Tapi jika beliau menegur hal itu salah, pastinya Datuk Ibrahim dan kami tarik balik dan memberi saguhati tanpa gunakan sampul. Kami juga tidak mahu melukakan hati rakan-rakan dari kaum lain yang tujuan utama kami untuk membuktikan kami tidak rasis.

Usaha ini bukan bermaksud kami takut dipanggil rasis sebab kami tahu kami tidak rasis. Kepada dakwaan Dr Tiew itu, kami tidak boleh berbuat apa-apa atas dakwaan beliau terhadap Datuk Ibrahim dalam isu sampul putih tersebut, kecuali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau.

Kami tahu Dr Tiew percaya keikhlasan kami menganjurkan majlis tersebut, tetapi disebabkan tekanan yang hebat dari masyarakatnya, dia terpaksa buat dakwaan begitu terhadap Datuk Ibrahim.

Kami tidak perlu tuntut Dr Tiew meminta maaf. Kami percaya semua orang tahu beliau tertekan. Dr Tiew sebagai seorang rakyat contoh yg baik yang mahu bersama program PERKASA walau PERKASA dikatakan rasis. Dan beliau pasti faham perjuangan PERKASA.

Berbanding dengan mereka dalam DAP berpura-pura punyai persefahaman dengan PAS yang sama sekali mempunyai berbeza macam langit dan bumi yang sebenarnya mereka tahu. PAS juga bukan percayakan sangat DAP. Begitu juga dengan PKR. Tiga parti ini saling berlakon baik dan menipu antara satu sama lain. 


Penulis adalah setiausaha agung PERKASA