Banyak telah diperkatakan tentang Persatuan Ulama Malaysia terhadap masalah yang ditimbulkan oleh penulis-penulis 'progresif' yang menginterpretasi Quran dan Hadith yang dipengaruhi pemikiran orientalis.

Memang tidak dinafikan bahawa mereka berhak untuk mengeluarkan pendapat mereka tetapi sebagai manusia biasa tidak semua pendapat mereka itu benar walaupun mungkin mereka ini berpendidikan tinggi.

Tetapi apa yang nampak jelas ialah tindakan kerajaan yang seolah-olah menentang PUM dengan membela penulis-penulis tersebut tanpa menjalankan siasatan dengan terperinci apakah hasil tulisan mereka itu. PUM digambarkan sebagai segolongan orang yang angkuh dan tidak terbuka dari segi pemikiran dan enggan menerima pendapat orang lain.

Setiap hari media massa perdana termasuk media elektronik menghentam PUM seolah ia musuh nombor 1 mereka. PUM juga digambarkan sebagai bersekongkol atau menjali tali barut PAS.

Tetapi apabila Harakah mengkritik PUM dengan sepantas lipas kudung Zainuddin Maidin mastermind yang bertanggung jawab terhadap komplot media massa, mengkritik PAS sebagai menghina golongan ulama iaitu ahli PUM.

Di sini jelas pakar putarbelit itu telah bercanggah pendapat dirinya sendiri sehingga bagi orang yang mengikuti perkembangan semasa tanahair tidak langsung menaruh kepercayaan kapada beliau.

Saya bukan seorang ahli PAS atau penentang kerajaan tetapi hanyalah rakyat biasa sahaja . Bezanya saya dengan orang lain mungkin saya mengikuti hal-ehwal semasa dengan teliti dan penuh minat dan dapat membuat penilaian sendiri. Saya sudah muak dengan tindakan-tindakan yang bertentang dengan etika-etika kemanusiaan dan tidak bermoral. Media massa perdana sudah tidak relevan lagi dengan tindakan keji memutar-belit fakta dan kebanyakan rakyat sudah muak membacanya atau mendengarnya. Kami mahukan berita yang baik mahupun buruk, bukan putarbelit dan pembohongan.