Sokong ketua penerangan Umno
MyamPublished: May 22, 2002 7:45 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Saya ingin ucapkan tahniah kepada presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kerana melantik Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob sebagai Ketua Penerangan Umno yang baru. Ini memanglah satu keputusan yang bijaksana.
Megat Junid bukan sahaja lama dipercayai Mahathir, bahkan beliau seorang bekas pemimpin Umno dan menteri yang pengalamannya luas sekali.
Apa yang lebih penting ialah tidak seperti Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Zainuddin Maidin yang taktik-taktik publisiti dan propagandanya yang "kurang arif" itu yang selalu "berbalik" menghentam pemimpin Umno sendiri, Megat Junid adalah lebih halus and bernas fikirannya.
View Comments0

