Saya tersenyum sinis apabila membaca tulisan

Nibsny. Pada saya, tulisan Nibsny bersifat escapism dan berfikiran simplistik tanpa mahu mengambil sedikit pendekatan ilmiah dan faktor sejarah.

Strategi sebegini sudah tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang di mana rakyat lebih bersifat kritis dan mementingkan akauntibiliti.

Mengenai pendiriannya yang memandang rendah terhadap banduan, sayugia diingatkan bahawa tidak semua banduan adalah manusia yang hina di atas muka bumi ini. Ramai manusia terpaksa disimpan di penjara kerana memperjuangkan kebenaran.

Sebagai contohnya, Nabi Yusof a.s. terpaksa merengkok dalam penjara selama 12 tahun. Begitu juga dengan Nelson Mandela yang akhirnya menjadi Presiden Afrika Selatan.

Di Indonesia, Bapak Hamka juga terpaksa merengkok dalam penjara demi mempertahankan maruah diri dan tanahair.

Isunya ialah bukan banduan atau tidak, tetapi siapa yang memperjuangkan kebenaran. Kebenaran berasaskan syariat keislaman (bagi yang Islam) dan nilai-nilai kemanusiaan.

Di perenggan kedua penulis begitu simplistik sekali menyeru kita menerima sahaja keputusan mahkamah tanpa mencabar minda dengan persoalan-persoalan berikut:

  • Kenapa mahkamah terpaksa mengubah-ubah pertuduhan terhadap Anwar? Rujuk laman
  • ini.

  • Kenapa mahkamah terpaksa mengubah tarikh pertuduhan liwat terhadap Anwar sebanyak tiga kali dari tahun 1994 ke 1992, dan kemudian 1993?
  • Kenapa empat lagi kes salahlaku seks Anwar digugurkan setelah dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun? Kenapa tidak diteruskan pertuduhan tersebut? Rujuk laman
  • ini.

  • Kenapa 'Wira Dunia Ketiga' (Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad) begitu bacul sekali untuk hadir ke mahkamah melainkan dapat melihat senarai soalan yang hendak ditanya oleh peguam Anwar terlebih dahulu? Rujuk laman
  • ini.

  • Kenapa peguam Anwar tidak dibenarkan memanggil saksi-saksi yang mereka kehendaki? Rujuk laman
  • ini.

  • Kenapa penghukuman Anwar tidak dikira dari tarikh beliau ditangkap, tidak seperti majoriti kes-kes jenayah yang lain?
  • Berikutnya, penulis meminta Barisan Alternatif (BA) mengenepikan isu Anwar. Bagaimana bisa isu ini diketepikan seandainya perkara-perkara berikut masih melekat di kotak fikiran rakyat:

  • Ketua Polis Negara ketika itu, Rahim Noor memukul Anwar sehingga separuh mati dalam keadaan bergari dan mata ditutup. Kemudian beliau tidak diberi rawatan selama empat hari. Rujuk laman
  • ini.

  • Kenapa Anwar dibawa berjumpa dengan Dr Vasantha dalam keadaan tanpa seurat benang. Rujuk kaset Zulkifli Nordin, Februari 2002.
  • Sehingga hari ini tiada berita mengenai laporan polis yang dibuat oleh Anwar dan Ketua Pemuda Keadilan Mohd Ezam Mohd Nor mengenai rasuah beberapa pemimpin Umno. Tetapi, bila Pemuda Umno membuat laporan polis terhadap Ezam, begitu cepat dan tangkas polis melakukan siasatan.
  • Penipuan Mahathir yang mengatakan isu mata lebam mungkin " self-inflicted ". Rujuk laman
  • ini.

  • Tokoh-tokoh besar menyebelahi Anwar seperti Ustaz Harun Din, Syeikh Yusof Qardhawi, Al Gore dan yang terbaru George W Bush.
  • Berdasarkan hujah-hujah di atas, saya dapat gambarkan begitu jijiknya permainan politik dan nasib yang menimpa bukan sahaja Anwar.