Terima kasih Dr M
Saya bukanlah ahli Umno mahupun ahli PAS. Akan tetapi apabila melihat gelagat orang politik macam PAS, saya naik meluat kerana songkok putih yang melambangkan keislaman sebenarnya hanyalah topeng semata mata. Hanya nak cari kesenangan juga, nak pandu kereta Mercedes, pakai Jam Rolex dan lain-lain)
. Walau apapun yang berlaku, pasti Dr Mahathir Mohamad akhirnya kena berhenti juga. Bila saya melihatnya secara rasional, tidak akan seorang pun pemimpin dunia, begitu bodoh dalam tindakannya. Oleh itu, tentunya setiap keputusan beliau diambil setelah difikirkan secara masak-masak.
Keputusan sebegini tidak boleh dibincangkan terlebih dahulu. Orang politik harus tahu hal ini, tidak kira dalam Umno atau PAS.
Walau apa pun, kita hendaklah menghormati keputusannya.Saya berterima kasih di atas segala nikmat yang saya kecapi selama ini. Insyalah saya akan berdiri teguh di belakang mu wahai Dr Mahathir
Bagaimanapun, saya juga menyokong malaysiakini kerana perlu ada sebuah wadah sebegini untuk meluahkan hujah kita secara formal.

