Most Read
Most Commented
Read more like this

Pertamanya, saya juga turut sama terkejut degan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan semua jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pada saya Dr Mahathir seorang politikus yang terulung dan bijak mengambil kesempatan daripada suasana yang baik untuk mengumumkan perletakan jawatan, kemudian menarik balik semula atas alasan desakan perwakilan.

Soalnya, kenapa perlu menangis ketika mengumumkan perletakan jawatan, seolah-olah kita meminta simpati daripada orang ramai supaya menghalang perletakan jawatan itu.

Bagi saya Dr Mahathir seharusnya memegang jawatan dalam Umno sehingga akhir hayatnya kerana beliau harus bertanggungjawab di atas perkara yang berlaku semasa beliau menjadi perdana menteri.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS