Saya ucapkan tahniah di atas percapaian cemerlang parti DAP kerana telah berjaya membantu Barisan Nasional (BN) memenangi parlimen Pendang. Mulai sekarang, diharap DAP dapat diterima sebagai rakan kongsi BN bagi membelasah rakyat.

Kini tiada lagi dalam kamus peribadi saya bahwa DAP adalah pejuang rakyat. Saya telah sepakat bersama kawan-kawan yang lain bahawa "kini, dulu dan selama-lamanya, DAP tidak ada landasan perjuangan".

DAP sebagaimana juga BN telah menolak hudud.dan DAP nampaknyalebih rela diperintah oleh BN daripada BA.

Kami tahu, DAP lebih rela berkawan dengan BN daripada kami yang memilih Islam sebagai cara hidup kami. Setiap perbuatan kami dihitung dan dikira, sebab itu bila kami memerintah, kami takut hendak melakukan dosa, rasuah, korupsi dan sebagainya.

Landasan kami adalah kerana agama kami Islam, bukan atas dasar pemikiran kami kerana pemikiran kami boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Sebaik mana pun seseorang manusia itu, kalau tidak berpaksikan kepada agama, nafsu juga menjadi ikutan. Yang ini DAP tidak faham.