DAP jurucakap BN?
Saya merasa terpanggil untuk memberi komen tentang sikap DAP sejak kebelakangan ini. Sejak menarik diri dari Barisan Alternatif (BA), DAP seolah-olah telah menjadi jurucakap Barisan Nasional (BN) dalam pelbagai isu, terutamanya hudud.
Lebih mengaibkan lagi ialah apabila pemimpin DAP cuba sedaya-upaya untuk menghancurkan pakatan BA yang semakin diterima rakyat.
Saya yakin majoriti rakyat berpendapat bahawa DAP tidak lagi diterima rakyat memandangkan ada pemimpinnya yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Keadilan.
Apa lagi yang mampu dilakukan mereka sekarang, selain menghentam pakatan BA? Mereka juga cuba menjuarai isu semasa dengan memberi sidang akhbar setiap hari, tidak lebih dari itu.
Kesimpulannya, saya yakin DAP tidak akan diterima sama ada oleh BA apatah lagi dari pihak BN. Akhirnya DAP sendiri akan hanyut ditelan masa.
Maka, sebelum masa tersebut tiba, saya menyeru ahli-ahli DAP yang masih mempunyai pendirian politik yang waras, supaya memilih platform lain untuk berjuang, sama ada dengan menyertai parti MCA atau Gerakan dalam BN ataupun Keadilan dalam BA.

