Dewasa ini heboh mengenai isu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Allah 'samseng'. Media arus perdana membesar-besarkan perkara ini dengan tujuan untuk memusnahkan parti PAS, khususnya Tuan Guru Nik Aziz.

Setelah mengkaji ucapan Tuan Guru Nik Aziz berhubung perkara ini, saya yang cetek pengetahuan agama mendapati apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah Allah bukan samseng macam bekas Ketua Polis Negara Abdul Rahim Noor atau Universiti Islam Antarabangsa presiden Sanusi Junid atau Ketua Menteri Besar Pahang Adnan Yaakub.

Tetapi Allah maha berkuasa daripada segala samseng di dalam dunia ini seperti juga Allah lebih berkuasa daripada segala perdana menteri atau presiden atau raja di dalam dunia ini. Tiada yang lebih berkuasa di maya pada ini, selain dari Allah.

Semua orang yang saya berpeluang berbincang tentang perkara ini (mereka ini, seperti saya, bukanlah ahli PAS) faham dengan jelas apa yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Nik Aziz di dalam ucapannya.

Cuma ulama dan pemimpin Umno yang tidak mampu untuk memahami ucapan Tuan Guru Nik Aziz itu kerana tiada keikhlasan di jiwa mereka dalam menangani isu-isu ugama.