Mahasiswa sering dicakap-cakap sebagai satu kelompok masyarakat teristimewa. Ada yang memanggilnya 'waris kepimpinan negara', 'warga harapan bangsa', 'pemangkin perubahan' dan bermacam-macam lagi gelaran dan panggilan yang cuba menampakkan gahnya mahasiswa.

Ironisnya, kata-kata di atas hanya manis di mulut. Realitinya jauh sekali berlainan, bak langit dan bumi. Dalam realiti Malaysia sekarang ini, apakah martabat seorang mahasiswa? Apakah kedudukannya diiktiraf pemimpin parti dan masyarakat? Jawapannya T-I-A-D-A.

Mahasiswa merupakan kelompok sasaran bagi keahlian parti  seorang perwakilan kampusnya dihukum kerana mengeluarkan kenyataan akhbar. Penulis ingin menyoal, apa gunanya diadakan perwakilan jika hak asasi untuk menyuarakan pandangan penuntut yang diwakilkan dapat dinafikan pihak pentadbiran?

Bukannya penulis ingin menidakkan ada pihak universiti yang mendengar suara mahasiswa, tetapi keadaan sekarang, ialah tiada jaminan yang suara mahasiswa dapat mempengaruhi dasar dan dasar universiti. Inilah perubahan politik yang dituntut mahasiswa sebagai bukti kedudukanteristimewanya dalam masyarakat dan negara.

Mahasiswa harus tuntut, sebagai warga kampus yang penting, untuk mendapat suara rasmi dalam majlis universiti supaya dapat menentukan dasar-dasar unversiti. Malah mahasiswa harus diiktiraf sebagai rakan kongsi dalam institusi pendidikan.

Mahasiswa harus tuntut, dalam parti politik satu kedudukan yang membolehkan mereka memberi pandangan pada dasar parti. Kedudukan mahasiswa harus diiktiraf sehingga ke peringkat majlis tertinggi parti.

Mahasiswa harus tuntut, dalam politik negara, perwakilan yang sama tarafnya dengan ahli Parlimen, dalam Dewan Negara kalau mungkin. Jikalau Senator Zainal Rampak boleh dilantik sebagai mewakili kepentingan kaum pekerja, mengapa tidak mahasiswa? MPPK bukan di bawah Timbalan Perdana Menteri tetapi harus berhubungan dengan Parlimen agar dapat menentukan dasar negara.

Bagi mereka yang menwar-warkan peranan istimewa mahasiswa, perlaksanaan tuntutan ini bukti kesungguhan cakap-cakap manis itu. Ini satu cabaran kepada pemimpin parti dan kerajaan. Cabarannya ialah membawa tuntutan yang disebutkan tadi menjadi kenyataan di peringkat masing-masing.