Kerahan tenaga: yang tersirat dan tersurat
Apakah ada udang di sebalik batu dalam cadangan untuk melaksanakan kerahan tenaga? Banyak pihak telah menyuarakan rasa syak-wasangka mereka terhadap cadangan itu, dan ramai juga yang ternanti-nantikan jawapannya. Tetapi, apakah golongan belia kita mengambil berat dan risaukan tentang pelaksanaannya?
Jawatankuasa kabinet mengenai pelaksanaan kerahan tenaga itu dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak. Setakat ini, tidak banyak maklumat yang dapat disingkap oleh media, mengenai bentuk dan kandungan pelaksanaannya. Namun begitu, di sini diutarakan beberapa soalan untuk renungan para belia.
Soalan pertama menyentuh semangat cintakan negara yang menjadi alasan untuk mengesahkan pelaksanaan kerahan tenaga. Semangat patriotik mengandungi pelbagai ramuan, seperti pertahanan komprehensif, yang menjadi dasar pertahanan negara semasa berlaku peperangan berlaku. Semasa penjajahan British dan Jepun, konsep pertahanan komprehensif senang dipupuk kerana kesan langsung yang dialami rakyat ketika itu.
Bagaimanapun, hari ini, imperialis ideologi yang mencakupi kepentingan perkomplotan kapitalis dan politikus, sama ada dari luar atau dalam negara, walaupun halus bentuknya, masih dapat dirasakan oleh belia yang mampu berfikir secara rasional.
Tambahan pula, proses menkapitaliskan dan menyahpolitikkan alam kehidupan belia, memberi kesan negatif terhadap pemupukan semangat patriotik, yang berkait rapat dengan kebebasan perdebatan di kalangan belia mengenai isu-isu berkaitan negara.
Justeru itu, biarpun semangat patriotik itu dapat dilahirkan semula melalui pelaksanaan kerahan tenaga, ia merupakan semangat yang cacat atau lebih sesuai dikenali sebagai doktrin cintakan negara yang kaku lagi menkakukan.
Soal kedua berkaitan dengan pembinaan negara-bangsa yang menghadapi rintangan jurang perkauman. Jika konsep negara-bangsa dihayati melalui pelaksanaan kerahan tenaga, ia mempunyai kecenderungan tinggi yang melencong ke arah negara dengan satu bangsa yang terdiri daripada satu kaum istimewa, yang mendahului kaum-kaum lain.
Ini kerana dengan permainan politik perkauman sekian lama, dan pemikiran liberal-konservatif elit-elit yang memegang tampuk pemerintahan negara, tak kira betapa 'kepelbagaian etnik' diambil kira semasa perancangan, kemungkinan kerangka 'negara-bangsa-pelbagai etnik' tinggal cakap-cakap omong semasa pelaksanaan, adalah tinggi.
Soal ketiga berkisar di sekitar minat belia dewasa ini. Minat belia ialah melibatkan diri dalam peperangan tercanggih, tetapi setakat di dunia khayalan permainan komputer, bukan di arena peperangan Afghanistan atau Iraq. P> Belia juga berminat menjadi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tetapi jumlahnya kecil dan semakin merosot. Ini bukan soal rakyat Cina atau Tamil sahaja. Ini juga soal rakyat anak muda Melayu. Malah, ia akan menjadi soal global dalam era ini.
Lantaran itu, banyak negara mengkhuatiri penyertaan anak muda yang semakin rendah dalam pasukan tentera, termasuk di Malaysia. Banyak sebab-akibat yang boleh dijelaskan, satu persatu. Soalnya, dapatkah pelaksanaan khidmat nasional menarik minat belia untuk menyertai ATM, dan di kemudian hari, merekabolehdidakwa sembarangan sebagai kelompot pengganas, dan dimasuk ke dalam lokap!.
Soal keempat, tidak lain dan tidak bukan ialah mengenai penghitungan politik populist. Politik populist memerlukan sokongan umum seramai mungkin. Bagi mencapai hajat tersebut, sesuatu idea kolektif perlu untuk mewujudkan imaginasi persetujuan. Wawasan 2020 sudah hilang legitimasinya sebagai imaginasi persetujuan rakyat Malaysia, khususnya di kalangan generasi baru.
Justeru itu, kerahan tenaga tidak perlukan latihan ketenteraan. Yang penting ialah semua belia terbabit, sama-sama mendukung imaginasi baru, serta cintakan negara yang dikuasai politik populist.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.