Pernah saya mendengar orang menyindir, kalau tidak dapat tidur, pergilah solat Jumaat.

Pada mulanya seperti kata-kata jenaka tetapi realitinya seakan-akan ada kebenaran.

Teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh pak-pak khatib di tempat saya (Johor), pada saya umpama meminum ubat.

Apabila pak khatib memulakan khutbah maka seorang demi seorang para jemaah akan longlai kepalanya dan hampir-hampir mencecah kepala lutut.

Saya mencadangkan pendekatan khutbah diubah supaya menjadi lebih kreatif dan menarik:

  1. Teks khutbah direka dalam bentuk multimedia.
  2. Setiap masjid perlu menggunakan sistem bunyi yang canggih.
  3. Papan layar digital berteknologi tinggi yang besar di sekitar hadapan para jemaah.
  4. Khatib menggunakan teknologi komputer dalam penyampaian berkhutbah.
  5. Setiap penyampaian mempunyai elemen bergambar, bunyi suara, video pendek dan muzik latar.

Teks khutbah boleh dicetak dalam bentuk cakera padat atau risalah biasa terlebih awal dan letakkan di pintu utama masjid untuk diagihkan kepada jemaah sebagai bahan rujukan ilmu.

Cadangan saya di atas dengan tujuan supaya para jemaah sentiasa memberi tumpuan dalam mendengar khutbah yang disampaikan dan manfaat ilmu akan lebih berkesan serta berpanjangan.