Saya pembaca malaysiakini dan saya dapati tiada ilmu yang boleh dicungkil dari artikel yang dipaparkan.

Keseluruhan artikel terselit unsur-unsur benci pada diri pengarang malaysiakini . Kalau ada artikel yang diceduk dari sumber lain sekali pun, ianya juga mengandungi yang sama.

Cuba kita bawa masyarakat ke satu era yang boleh memajukannya dan bukan menanam perasaan sebaliknya.

Kisah-kisah mengenai saman traffik, tanah runtuh, sekolah Cina dan sebagainya, pada pendapat saya, semuanya itu gimik masyarakat yang tidak dapat menilai kemajuan mengikut kehendak semasa.

Mereka tergolong dalam masyarakat yang tidak memajukan diri mengikut kehendak semasa. Secara tak langsung semua editor yang terdapat di malaysiakini tergulung dalam kumpulan yang sama.


Nota Pengarang: Kami menyerahkan kepada pembaca untuk menilai isi kandungan dan bahan-bahan yang telah kami siarkan sejak tiga tahun penubuhan Malaysiakini.com.