Setelah membaca Malaysiakini tanam kebencian , saya amat meyetujui pendapat tersebut. Saya menyimpulkan di sini berdasarkan kepada laman web parti pemerintah dan juga pembangkang yang kerap saya layari.

Secara asas, kebanyakan cerita yang dihidangkan oleh malaysiakini hanyalah ' destructive criticism ' yang kadang-kadang terasa kurang sangat etikanya dan bukannya ' constructive critism '.

Apa yang saya maksudkan ialah cerita-cerita itu tidak berdasarkan untuk pembangunan negara tetapi semuanya masuk asalkan ianya bersifat anti-kerajaan sekarang.

Dan kadang-kadang isunya jelas remeh tetapi hanya untuk membantai kerajaan, ianya diperbesar-besarkan yang pada saya hanya untuk menaikkan sentimen pembaca, terutama yang fanatik.

Sebagai contoh, isu bahasa Inggeris. Kalau nak ikutkan, bahasa penghantar utama Malaysiakini pun ialah bahasa Inggeris, tetapi cerita-cerita kritik keputusan pihak kerajaannya bukan main hebat dan dashyat, seolah-olah pemerintah sekarang tak pandai buat keputusan langsung.

Sedangkan semua orang tahu bahawa tujuan utamanya adalah betul cuma caranya sahaja kena disesuaikan sikit.

Pada saya jika Malaysakini ingin mengkritik taklah sampai ke peringkat membenci terus, tetapi dengan kritikan bernas dan rasional dan perkara pokok yang terpenting sekali ialah menyediakan cadangan penyelesaian.

Dan saya juga dapati, editor cuba menyelindung perkara-perkara tersebut dengan membawa cerita positif hal-ehwal semasa yang lebih kurang 10 peratus dari semua cerita yang dihidangkan yang pada saya hanyalah gimik semata-mata.

Dan saya rasa apabila ada kritik seperti ini, pihak editor akan memberi alasan bahawa semua ini kebanyakan pendapat pembaca, walhal ianya telah ditapis begitu licik sekali untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Juga tentang isu etika berpolitik semasa Malaysia. Kebanyakan orang tahu bahawa PAS dan Keadilan lemah kerana kurang sokongan orang bukan Melayu, terutamanya kaum Cina iaitu kaum bukan Melayu yang terbesar di Malaysia.

Tetapi nampak sangat editor mengolah begitu licik cerita-cerita panas yang saya rasa cuma untuk menaikkan sentimen kaum Cina dan kaum bukan Melayu yang lain, yang kadang-kadang begitu hebat dan dashyat yang belum pernah terbit sebelum kes Anwar Ibrahim yang saya rasa akan mempunyai kesan yang merbahaya yang tidak perlu sama sekali dalam fabrik masyarakat Malaysia kini.

Sebab itu pembaca seperti saya sering berfikir apakah motif sebenar laman web Malaysiakini yang hanya terbit selepas kes Anwar Ibrahim. Apakah pihak editor sanggup menyimpangkan semua nilai murni fabrik masyarakat Malaysia yang dicipta dengan begitu gigih dan penuh penat lelah oleh ' our forefathers ' untuk menciptakan fabrik yang rapuh yang kononnya dipanggil malaysiakini hanya untuk kepentingan dan perjuangan individu Anwar Ibrahim.

Adakah ianya di bawah biayaan yang besar oleh Anwar dan Keadilan? Cuba renungkan perkara politik, etika dan duit...