Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya cuma ingin menyatakan pendapat saya bahawa kewujudan malaysiakini adalah sebagai satu alternatif maklumat berita untuk pembaca di Malaysia mahupun dunia.

Di manakah lagi harus kita membaca berita yang tidak berat sebelah, yang hanya memihak kepada agenda dan propaganda kerajaan Barisan Nasional (BN)? Kalau kerajaan BN benar-benar tulus dalam pentadbirannya, seharusnya ada wujud suratkhabar harian alternatif dan ianya tidak dikongkong dengan pelbagai sekatan dan ancaman.

Biar rakyat sendiri menilai yang mana betul dan mana tidak.(adakah rakyat tidak pandai menilai dalam era MSC dan globalisasi ini?) Bila hanya satu pihak mengawal media harian negara dan memberi ulasan berita, baik berita politik atau umum mengikut pandangan dan citarasa pihak tersebut, maka wujud ketidak adilan.

Oleh itu maka wujudlah malaysiakini sebagai satu alternatif sumber berita daripada pihak/individu yang terbabit, pihak/individu yang dianaiya, pihak/individu yang tidak perlu berselindung atau melalui protokol dan sebagainya.

Saya tidak menyatakan bahawa malaysiakini adalah 100 peratus betul, bahkan ada laporan-laporan yang disampaikan juga kadangkala tidak tepat, sensitif dan berat sebelah, Tetapi mereka memberi ruang kepada pembaca tidak mengira taraf, bangsa, parti untuk menyatakan pendapat mereka tanpa dikawal, untuk membetulkan kenyataan/ keadaan.

Untuk memajukan diri dan negara kenalah berfikiran terbuka dan sedia menerima teguran dan kritikan bukan hanya ingin mendengar pujian dan sanjungan, sedap di mata dan di telinga. Jika tidak maka masih ketinggalanlah anda dalam dunia yang serba canggih dan mencabar ini. Orang maju ke hadapan, anda masih duduk dalam kepompong sendiri.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS