Akan datang: menarik di DBP
Ariffin SallehPublished: Dec 23, 2002 7:09 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Saya tertarik dengan berita DBP magazine slams English language policy
, walaupun ia agak terlewat dari tarikh penerbitannnya. Saya terpanggil untuk bertanya: Adakah kerana isu tersebut maka sehingga 20 Disember 2002 lalu, majalah terbitan DBP seperti Dewan Budaya, Dewan Sastera , dan sudah pasti Dewan Bahasa , masih tidak diterbitkan bagi bulan Disember?Saya telah pergi ke beberapa kedai buku, termasuk pengedar DBP di Kuala Terengganu dan mendapati edisi bulan Disember masih "belum sampai".
Kelewatan yang tidak munasabah itu menyebabkan saya tertanya-tanya adakah para penulis dan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan artikel tersebut, bakal menghadapi tindakan yang dikenakan terhadap editor Dewan Sastera pada awal tahun 1990-an dahulu apabila beliau menerbitkan cerpen Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad berjudul PIEM ?
Nampaknya kita mungkin akan melihat beberapa lagi episod menarik di DBP.
View Comments0

