Jualan VCD lucah membimbangkan
VCD lucah telah menjadi isu hangat pada masa ini. Ia telah meningkat kepada tahap yang memalukan dan membimbangkan. Mengapa baru sekarang masalah ini diperdebatkan, sedangkan penjualan VCD lucah telah bermaharajalela sejak dahulu lagi.
Adakah pihak berkuasa tempatan tidak peka atau tahu tentang aktiviti penjualan VCD lucah, sehinggakan Timbalan Perdana Menteri dan pihak kementerian perlu menegur dan mengarah agar tindakan tegas diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab?
Saya bersetuju dengan kenyataan TPM bahawa oleh kerana adanya permintaan tinggi daripada masyarakat, maka pembekalan VCD lucah bertambah. Tetapi, adakah kenyataan ini benar jika VCD lucah digantikan dengan dadah atau senjata api? Adakah pihak kementerian ataupun pihak berkuasa tempatan akan berdiam diri sekiranya senario ini berlaku?
Seperti yang diperkatakan tadi, penjualan VCD dilakukan tanpa segan silu di tempat awam seperti pasar malam dan kaki lima kedai. Adakah pihak berkuasa tempatan tidak mengetahui langsung tentang aktiviti penjualan ditempat-tempat tersebut? Saya berharap sangat pihak kementerian and pihak berkuasa tempatan dapat menghapus masalah penjualan VCD lucah sama sekali.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.