Saya ingin menjawab tulisan Pak Long yang merungut bahawa sudah ada terlalu ramai pelajar keturunan India di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan menggunakan fakta ini untuk membuktikan "keadilan" keputusan Kementerian Pelajaran berhubung pengambil pelajar ke universiti.

Pak Long memang betul dalam hal ini, dari segi bilangan penuntut keturunan India di IPTS di Malaysia, India dan negara-negara lain. Tetapi ini adalah kerana pelajar ini tidak mendapat peluang yand adil di negara sendiri!

Tahukah Pak Long bahawa setiap penuntut terpaksa membayar diantara AS$30,000 hingga AS$100,000 untuk belajar? Saya sendiri ada dua adik saudara yang belajar di India dan Georgia. Mereka terpaksa belajar di sana kerana peluang untuk belajar di negara sendiri di mana ibu-bapa mereka adalah warganegara dan pembayar cukai, adalah tiada sama-sekali.

Yang menyedihkan ialah bapa mereka bukanlah orang kaya dan mereka tidak mendapat apa-apa biasiswa. Beliau terpaksa meminjam duit dan mengunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi masa depan anak-anak.

Bila mereka tamat pelajaran, beliau tiada sebarang wang untuk persaraannya. Pak Long, tolong jangan menghina pengorbanan ramai ibu-bapa keturunan India. Malaysia menpunyai ramai doktor keturunan India kerana kami mahu belajar, mahu berjaya, mahu maju and berani berkorban.

Mana-mana negara sapatutnya akan bangga dengan warganegara yang berfikiran sebegini dan bukan tidak dihiraukan.

Lagi satu perkara yang tidak masuk akal ialah negara kekurangan doktor tetapi masih boleh mampu bermain politik, sedangkan rakyat Malaysia menunggu perkhidmatan kesihatan yang lebih baik. Betulkah kita mahu maju?

(Datuk Seri) S Samy Velu tidak melupai hutan sekeliling dan melihat satu pokok sahaja. Memang tiada hutan ... itu semuanya khayalan orang yang berfikir mereka adalah sangat adil.