Isu remeh yang dibangkit pihak-pihak tertentu kebelakangan ini adalah amat mengecewakan. Salah satu daripada berpuluh-puluh isu remeh yang diwawarkan itu ialah isu liwat . Isu itu bukan sahaja dibesarkan dengan sengaja, malah ianya dijaja ke serata pelusuk dunia - dengan ulasan dan bicara mereka yang bukan pakar dalam bidang berkenaan.

Ianya bukan sahaja menampakkan kecetekan ilmu mereka yang cuba mengenengahkan isu yang bukan isu itu, malah lebih buruk lagi, ianya seolah-olah mencabar kebijaksanaan massa.

Timbul 'isu-isu' remeh sebegini 'dipanaskan' lagi oleh media yang bukan lagi menjadi pemangkin masyarakat berilmu.

Kesemua ini boleh disimpulkan bahawa pembentuk pendapat dalam masyarakat kita (pemimpin politik, media massa, dan lain-lain) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak berminat lagi untuk memimpin serta membentuk masyarakat yang berpaksikan keilmuan dan intelek.

Sudah masanya mereka ini diberhentikan daripada terus mencacai. Massa bukan lagi 'seronok' dengan celoteh murahan sebegini. Ubah sikap dan pendirian. Era matlumat bukan lagi era "lembu dicucuk hidung".