Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers
Beri rebet untuk galak penggunaan kad Touch N Go

Sepatutnya, kerajaan, menerusi Kementerian Kerja Raya, tidak boleh menyerahkan sistem pembayaran tol, selain daripada wang tunai, kepada satu-satu pihak sahaja. Ia adalah hak pemegang konsesi syarikat-syarikat lebuhraya untuk memilih syarikat yg dapat menawarkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam pengurusan kutipan tol, selain daripada kaedah pembayaran tunai kepada mereka.

Touch N Go juga diberi hak ekslusif untuk sistem pembayaran kad untuk pengangkutan rel transit (Putra, STAR & KL Monorail). Kementerian Pengangkutan pula sepatutnya memberi diskaun/potongan harga perjalanan jikalau pengguna menggunakan kaedah pembayaran kad berbanding tunai seperti penggunaan kad ezlink di Singapura.

Pengguna kad ezlink mendapat rebet berbanding mereka yang membayar secara tunai. Pertukaran antara pelbagai pengangkutan pun diberi rebet, iaitu antara MRT dengan bas TIBS/SBS apabila menggunakan kad ezlink.

Malaysia sepatutnya mencontohi Singapura dalam penyediaan dan penyelarasan sistem pengangkutan awam di mana sistem rail dan bas berkaitan antara satu sama lain.

Apabila penggunaan pembayaran kad diberi rebet berbanding dengan pembayaran tunai, ia akan menggalakkan pengguna lebuhraya dan sistem rail transit untuk menggunakan kad kerana lebih menjimatkan.

Jika tiada perbezaan antara kedua-duanya, sudah parti pengguna lebih selesa membayar secara tunai bagi tol lebuhraya/tambang rail transit.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS