Muktamar parti PAS yang baru lalu membuatkan saya sedikit sebanyak "angkat topi" kepada parti PAS.

Kebelakangan ini, banyak perubahan berlaku pada parti PAS, menampakkan bukan saja keberanian pimpinan parti PAS, malah lebih dari itu menampakan keberanian dan aspirasi ahli parti PAS.

Pemilihan pimpinan, perbincangan hal calon wanita antara yang menjadi fokus dalam mesyuarat tahunan parti PAS kali ini.

Dalam banyak hal yang dicetuskan, pemilihan pimpinan dalam parti PAS sangat menarik bagi saya, sebagai pemerhati senario politik negara yang semakin tak "terbaca" arah tuju.

Pertamanya, pemilihan calun secara syura menampakkan gaya tersendiri parti PAS dalam menangani sebarang "perang saudara". Ini harus di"tiru" oleh parti-parti lain, khususnya Umno.

Keduanya, apabila syura gagal, walaupun dua pimpinan utama (malah majoriti hanya seorang yang ingin kepada pertandingan) parti PAS bertegas inginkan Dr Haron Din, pertandingan diteruskan juga.

Dalam banyak hal, umum mengecam parti PAS. Tapi nampaknya masih ada ruang demokrasi dan kekeluargaan dalam parti yang dilabel sebagai mundur dan kampungan.

Untuk itu, saya 'angkat topi'!