Kesetiaan tidak berbelah-bagi kepada Malaysia
Saya cukup geram dengan tuduhan Kulat Male bahawa orang Cina di Malaysia masih mendongak ke utara untuk mendapatkan petunjuk dan ilham.
Nampaknya Kulat Male sengaja ingin membangkitkan perasaan perkauman serta mereka-reka perkara yang bukan-bukan yang boleh mengakibatkan timbulnya perasaan syak wasangka dan tidak puas hati antara kaum.
Dan jelas sekali bahawa Kulat Male seorang yang bersikap prejudis dan nampaknya tidak mempunyai kawan dari kalangan bangsa lain.
Kalau tidak, takkanlah dikemukakan tuduhan begitu, kerana rakyat keturunan Cina di negara ini tidak ada, dan tidak akan ada, keinginan untuk "mendongak ke utara untuk mendapatkan petunjuk dan ilham".
Kami juga tidak pernah berfikir untuk "membelah-bahagikan kesetiaan" kami. Fikiran Kulat Male jauh ketinggalan zaman, yang menunjukkan fikiran yang sempit serta berhasrat dengki.
Ataupun memang niatnya untuk membangkitkan perasaan syak-wasangka kaumkaum lain terhadap bangsa Cina di negara ini atas tujuan dan sebab-sebab peribadi?


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.