Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Kenapakah kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu bersungguh-sungguh menghalang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, daripada kembali ke Malaysia?

Apakah semata-mata kerana dia komunis sebagaimana yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin: "Sekali komunis, sentiasa komunis".

Apakah semata-mata kerana dia komunis? Sedangkan pemimpin-pemimpin China Komunis dan satu masa dahulu, Soviet Union, disambut dengan permaidani merah ketika berkunjung ke negara ini. Apakah salah menjadi komunis, jika pemimpin besar komunis sendiri dialu-alukan ke negara ini?

Kepulangan Chin Peng tidak akan memberi apa-apa kesan kepada rakyat negara ini. Memang benar dia mengetuai satu organisasi kejam yang membunuh ribuan rakyat Malaysia ketika 'reign of terror' PKM dahulu. Tetapi itu adalah sesuatu yang berlaku dahulu, dan kini kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian damai dengan bekas anggota PKM ini.

Isu yang lebih penting ialah bagaimana pejuang-pejuang kita - bekas anggota tentera yang bersabung nyawa menentang keganasan (termasuk keganasan PKM, Jepun, British, Konfrontasi Indonesia) - tidak diberikan pengiktirafan sepatutnya.

Memang patut mereka dan rakyat Malaysia marah apabila bekas pejuang (pengganas?) komunis mendapat bantuan dan dialu-alukan, sedangkan ada bekas tentera kita yang hanya mampu hidup di rumah setinggan.

Tetapi keadaan ini tidak mampu dibaiki semata-mata dengan menghalang Chin Peng kembali ke tanah kelahirannya.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS