Saya setuju benar dengan pandangan Ahmad Fitri bahawa mesra pelanggan yang telah diterapkan oleh Pak Lah bukan sekadar retorik. Memang eloklah seluruh jentera kerajaan mematuhi arahan Perdana Menteri kita itu.

Akan tetapi bak kata orang jika orang lain hendak ikut maka kita kena betulkan dulu rumah kita agar kemas dan sebagainya. Ini tidak berlaku di pejabat Perdana Menteri. Saya percaya ramai yang setuju dengan kami bahawa pejabat PM senang dihubungi melalu telefon tetapi amat berat untuk kakitangannya untuk menjawab telefon. Sampai petang telefon tidak berjawab. Jika kita bernasib baik berjawab tetapi pegawainya tidak ada pejabat. Mesyuarat ... itulah jawapan pembantu mereka. Kami akan panggil semula ... tetapi tunggulah sebulan pun belum tentu dipanggil.

Begitu juga dengan surat yang dihantar. Nak dapat kepastian boleh ke PM hadir majlis. Habuk tak berjawab. Jangan jadi ketam mengajar anak berjalan betul ... dia sendiri belum betul.

Saya harap Pak Lah tengok rumah sendiri sebelum menegur orang lain. Jangan hanya Scholar saja diutamakan ... Ninja juga perlu bertarung.