Most Read
Most Commented
Read more like this

Saya telah terbaca tulisan Datuk Kalimullah Hassan, Ketua Pengarang New Straits Times , mengenai Khairy Jamaluddin. Beliau telah memerah otak untuk memberi penjelasan mengapa Khairy tidak harus dipinggirkan dari arus perdana negara seperti dilantik dalam Khazanah Holding dan Pemuda Umno.

Untuk pengetahuan semua, apa yang ditulis oleh Datuk Kalimullah itu semuanya ada niat disebaliknya. Beliau telah mengenal pasti banyak syarikat yang hendak diambilalihnya, bukan kepentinganya sendiri sahaja, tetapi untuk rakan-rakan Cina dalam syarikat miliknya ECM Libra dan banyak lagi.

Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pengarang NST untuk mencanang banyak perkara yang baik-baik sahaja tentang Khairy. Di mana adilnya? Apakah Datuk Kalimullah hendak menjadi penyamun siang hari dan buat duit untuk kepentingan dirinya dan juga untuk Khairy yang akan bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno yang pasti memerlukan wang?

Khairy bukannya bersih. Dia menggunakan kedudukan pak mertuanya untuk mendapatkan tempat dalam hierarki Umno.

Khairy satu ketika dulu penyokong kuat parti Keadilan dan membenci Dr Mahathir (Mohamad) dan Umno. Dia bijak menggunakan Astro untuk menghentam kerajaan melalui program yang dia hoskan.

Kita ada 25 juta rakyat. Takkan Khairy seorang sahaja yang bijak. Apakah yang lain itu tidak bijak? Jika jawapannya iya, maka keluaran universiti kita ini patutlah di bawah sekali.

Saya ingin mengajak rakyat bangun menentang Khairy dan Datuk Kalimullah yang menggunakan kedudukan untuk membela kepentingannya sendiri dan bukan kepentingan ramai.

Datuk Kalimullah, kita tidak mahu NST terus terjunam edarannya dan tidak dihormati lagi. Jika dulu kita marahkan Tan Sri Abdullah Ahmad, kini Datuk Kalimullah sama seperti Tan Sri Abdullah.

Kepada Khairy ... pergilah cari kerja di luar negara ... jangan memalukan lagi Pak Lah. Pak Lah sudah ada banyak masalah yang kena dihadapi. Itu saja pesanan.

ADS