Most Read
Most Commented
Read more like this

Walaupun ramai berpendapat Khairy Jamaluddin tidak payah menyahut seruan palsu Pemuda Umno supaya mengisi jawatan naib ketua pergerakan tersebut, tetapi pada hemat saya Khairy sememangnya layak.

Beliau seorang yang hebat. Boleh membuat sebarang keputusan penting, demi kepentingan Pemuda. Malah, ada yang berpendapat kehebatan Pak Lah adalah kerana kehebatan Khairy.

Jika Khairy dinobatkan sebagai naib ketua Pemuda, maka pergerakan itu akan lebih bersemangat lagi kelihatan lebih jantan daripada sekarang.

Marah Hisham kelihatan pura-pura. Serius Hisham hanyalah untuk memancing undi. Sekurang- kurangnya dengan ada Khairy, Pak Lah tidaklah akan lagi marah dengan Hisham.

Inilah sebabnya Hisham begitu berminat supaya Khairy menjadi orang nombor duanya, kerana kelemahan Pemuda pada zamannya boleh disangkutkan kepada Khairy, malah kepada Pak Lah sendiri.

Ini kerana Pak Lah merestui Khairy menjadi naib ketua Pemuda, jadi tidak bolehlah nak marahkan Hisham.

Kelemahan Hisham di kementerian pelajaran juga dapat dilindungi dengan munculnya Khairy. Tahniah Hisham kerana bijak bermain-main dengan politik. Syabas Hisham, sepupu timbalan perdana menteri!


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS