Kenapa masih lantik kontraktor sama?
Saya merasa kesal kerana Loji Insinerator Pulau Tioman bukan sahaja lambat disiapkan dengan kelewatan melebihi 1,000 hari, tetapi sehingga hari ini ianya masih belum dapat digunakan.
Merujuk kepada jawapan bertulis Sidang DUN Pahang, Insinerator Pulau Tioman yang dibina dengan kos RM22.8 juta telah mengalami kelewatan sebanyak empat kali dalam tempoh lebih 1000 hari.
Jelas bahawa kontraktor tersebut telah gagal menyiapkan kerja seperti yang ditetapkan dan harus disenaraihitamkan.
Mengapakah kontraktor yang sama, iaitu Sumur Mutiara Sdn Bhd masih dilantik sebagai operator oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) untuk menguruskan Loji Insinerator Pulau Tioman?
Gabungan Anti Insinerator Kebangsaan (GAIK) telah membuat lawatan ke Loji Insinerator Pulau Pangkor pada 13 Mei 2015 dan mendapati terdapat banyak kelemahan dalam operasinya:
- Sampah dan bottom ash terbakar di tapak pelupusan sejak Jan 2015, tetapi tidak ada sebarang usaha diambil untuk menanganinya.
LEE CHEAN CHUNG ADUN Semambu dan ketua biro alam sekitar PKR.

