Pembinaan cuai: Di mana badan kawalan piawaian?
Sebagai seorang jurutera, saya merasa kecewa terhadap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh orang yang langsung tidak memahami mengenai kerja-kerja pembinaan dan cuba melindungi pihak-pihak tertentu.
Inikah 'Malaysia Standard' yang ditunjukkan kepada dunia luar - bagaimana cuainya jabatan kerajaan mengawasi pembangunan dan pembinaan negara?
Dari kejadian keretakan kepada lebuhraya bertingkat ( MRR2 ) dan baru-baru ini ' rumah sakit ' di Johor semua menunjukkan ada jabatan kerajaan yang cuai atau langsung tidak mengawasi pembinaannya yang telah menelan berjuta-juta ringgit.
Negara kita mempunyai sebuah Standards and Research Institute (Sirim), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan jabatan yang mengendali piawaian International Standards Organisation (ISO).
Tetapi, sejak peristiwa-peristiwa yang menakjukkan ini terjadi, pihak-pihak berkenaan sudah jadi bisu atau pasu. Oleh itu, apa kegunaan pihak-pihak ini dalam proses pembangunan negara?


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.