Hakim Islam Hassan Shukri perlu jawab
Beberapa penulisan di malaysiakini mempersoal tentang pernyataan Timbalan Presiden PAS , Haji Hassan Shukri seorang senator (tiket Terengganu), 'ulama' lulusan universiti Baghdad, penyumbang tenaga untuk hukum hudud dan negara Islam Malaysia mengenai kebebasan Anwar Ibrahim. Hassan antara lain berkata :
'Kita jangan terlaju dalam menerajui isu Anwar kerana jika diteliti secara betul-betul tuduhan ke atas Anwar, dia tetap bersalah, cuma keraguan berlaku tentang tarikh kejadian. Sebab itu dia (Anwar) terlepas. Jika mahkamah bertindak semula, ini akan mengaibkan PAS.'
Kami dengan beberapa kawan yang beragama Islam, terutamanya yang mengikuti proses pembentukan negara Islam dengan perkenalan perlembagaan dan hukuman hudud, ingin tahu jawapan untuk beberapa pertanyaan, antaranya:
- Apa pandangan Haji Hassan Shukri tentang kedudukan badan kehakiman Malaysia dari segi Islam (Ahlussunnah wa-ljamaah) dan PAS, terutama jika terdapat perbezaan 'fahaman' Islam dalam PAS?
Allah lebih mengetahui apa yang ditentukan hambaNya. Sebab Allah memperingatkan bahawa jika sesuatu yang bathil atau tidak benar itu (orang atau kumpulan), Allah menarik (sedikit) unsur 'kebijaksaan' mereka.
Jadi, jika tuduhan seperti yang dilarang Allah itu diserupakan 'gading' terbaik, tetapi gading mana yang tidak retak?

