PAS WP sokong adakan kongres rakyat
PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh saranan presiden PAS supaya digerakkan satu kongres rakyat untuk membincangkan kemelut yang melanda rakyat Malaysia pada hari ini.
Kongres rakyat ini boleh mengumpulkan cendekiawan dan aktivis daripada pelbagai latar belakang dalam mencari penyelesaian terbaik untuk menangani krisis yang sedang dihadapi negara sekarang.
Ia bertujuan untuk mengemukakan pelan tindakan yang paling matang dan bernas supaya Malaysia dapat diselamatkan daripada menuju ke arah lebih parah.
Sudah tiba masanya seluruh bijak pandai daripada pelbagai disiplin ilmu dan kepakaran dihimpunkan supaya setiap buah fikiran bernas mereka tidak disia-siakan.
Ia perlu diusahakan memandangkan Umno sudah kehilangan keyakinan di kalangan rakyat awam daripada seluruh lapisan masyarakat.
Kita berharap agar segala resolusi kongres tersebut digunakan semaksimum mungkin dalam menyelamatkan tanahair Malaysia yang tercinta ini.
MOHAMAD NOOR MOHAMAD pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

