Sebahagian daripada usaha untuk menambahbaik kecekapan sistem rawatan air, kerja penggantian dan pembaikan pam di Loji Pembersihan Air Sungai Langat akan dilaksanakan selama tiga hari mulai 14 November 2015, jam 10:00 pagi hingga jam 10:00 malam, 17 November 2015.
Bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian pam air ini, dukacita dimaklumkan bahawa bekalan air daripada Loji Pembersihan Air Sungai Langat terpaksa ditutup dan beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air serta tekanan air rendah.
Pengguna di kawasan yang terlibat dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 14 November 2015 bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan ini.
Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian dengan secepat mungkin.
Antara kawasan-kawasan di Wilayah Hulu Langat yang akan mengalami gangguan bekalan air adalah seperti berikut:
Taman Kota Cheras; Taman Orkid; Taman Rasa Sayang; Taman Sri Aman; Taman Cheras Mas; Taman Lagenda Mas 1 dan 2; Taman Tun Perak; Taman Tanming Jaya; Taman Putra Budiman; Taman Balakong Jaya; Taman Puncak Utama; Jade Hill; Taman Sri Timah; Taman Sungai Besi Indah 1 dan 2; Taman Harmoni Indah; Taman Bukit Belimbing dan Taman Juara Jaya.
Untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh muat turun aplikasi mySYABAS (melalui Google Playstore and AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook ‘puspel’ atau Twitter ‘puspel syabas’.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
AMIN LIN ABDULLAH ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor.
