Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Gangguan bekalan air 16-17 Feb di Seri Serdang, Seri Kembangan

Dalam usaha berterusan menambah baik kecekapan sistem pengagihan air, paip membekalkan air ke Taman Seri Serdang dan kawasan Perindustrian Seri Kembangan akan dialihkan pada 16 Februari 2016, bermula dari jam 9:00 malam hingga 7:00 pagi, 17 Februari 2016.

Dukacita dimaklumkan bahawa kawasan ini akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa kerja pengalihan paip ini dilakukan.

Segala usaha akan dijalankan untuk menyiapkan kerja-kerja pengalihan paip ini dengan secepat mungkin.

Oleh itu, pengguna di Taman Seri Serdang dan kawasan Perindustrian Seri Kembangan dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 16 Februari, 2016.

Untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh muat turun aplikasi mySYABAS (melalui Google Playstore and Apple AppStore) atau melayari www.syabas.com.my ; Facebook SYABAS ‘puspel’ atau Twitter SYABAS ‘puspel syabas’.

Segala kesulitan amat dikesali.


AMIN LIN ABDULLAH ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan Pengurusan Air Selangor.

Lihat Komen
ADS