Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Sejak akhir-akhir ini, kisah Kohilal sudah sampai ke pengetahuan umum. Saya amat risau dengan perkembangan ini kerana ia bakal menghancurkan keyakinan rakyat kepada PAS. Mengikut tinjauan oleh Harakahdaily.net pada tahun 2003, didapati sekurang-kurangnya 60 peratus responden menyokong PAS atas dasar parti itu menjamin kerajaan yang bersih dari rasuah dan salahguna kuasa.

Sekiranya isu Kohilal ini tidak ditangani secara berkesan oleh PAS, maka ia akan menghakis dengan teruk sekali sokongan kepada parti itu. Bagaimana PAS hendak membersihkan kerajaan dari rasuah dan salahguna kuasa, sedangkan dalam isu Kohilal ini, parti itu jelas menyokong dan mempertahankan amalan tersebut?

Nampaknya, ramai yang mempertahankan Hassan Shukri sehingga ada yang membuat cabaran secara terbuka, perlu diingat bahawa para 'mangsa' atau pelabur Kohilal adalah rakyat marhaen yang terdiri daripada petani, nelayan, orang kampung yang bergolok-bergadai, pekerja kilang dan sebagainya.

Adakah PAS sanggup duduk dan lihat sahaja kezaliman yang menimpa rakyat biasa yang tidak berdosa ini?

Mereka amat percaya kepada Kohilal kerana pada mereka, Kohilal dipimpin oleh ulama dan ulama tidak mungkin menipu mereka. Malangnya segala kepercayaan mereka telah hancur. PAS harus mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Mencari RM45 juta untuk menggantikan wang pelabur yang telah lesap itu.

  • Sekiranya PAS tidak mampu, ia harus membersihkan kepimpinannya daripada kesemua mereka yang terlibat dalam isu Kohilal, khasnya mereka yang menjadi ahli lembaga pengarahnya yang terdahulu.
  • Mengeluarkan kenyataan keras tidak mengiktiraf Kohilal sebagai sebahagian dari PAS.
  • Memohon maaf secara terbuka terhadap apa yang telah menimpa para pelabur.
  • Mengambil tindakan disiplin parti kepada mereka-mereka yang telah menghancurkan kepercayaan pelabur tersebut.
  • Memandangkan kes Kohilal adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan lagi maka saya mencadangkan supaya penyokong Hassan Shukri ramai-ramai mencari wang sejumlah RM45 juta bagi menggantikan wang para pelabur yang telah lesap.

    Kalau sokong atas dasar, sokong sahaja tidak mencukupi. Harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Ini akan menyelamatkan para pelabur daripada kezaliman yang mereka sedang hadapi sekarang ini.

    Dengan wang RM45 juta tersebut, Hassan Shukri selamat dan PAS juga selamat. Sekiranya tiada RM45juta, maka harus kita pilih mana satu yang hendak diselamatkan PAS atau Hassan Shukri?

    Saya juga hairan mengapa media arus perdana tidak 'menyentuh' isu Kohilal ini? Biasanya, macam yang lepas-lepas, media arus perdana tidak akan teragak-agak menyambung lidah malaysiakini apabila ada isu-isu negatif seperti isu kereta Mercedes exco Kelantan dan sebagainya. Yang menghairankan, media arus perdana senyap sunyi berhubung isu Kohilal ini.

    Yang menghairankan lagi, kalau kita baca lamanweb Umno Selangor dan juga akhbar-akhbar Umno Selangor, tidak ada walau satu kutukan pun ditujukan terhadap Hassan Shukri. Malahan, Hassan Shukri dipertahankan dengan hebatnya oleh puak-puak Umno Selangor ini.

    Kenapa?


    Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

    ADS