Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
Tiada gangguan perkhidmatan pembayaran bil air melalui JomPAY
Diterbitkan:  May 11, 2016 5:43 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin membetulkan kenyataan “Gangguan sementara bayaran bil air SYABAS melalui JomPAY”.

SYABAS ingin memaklumkan kepada pelanggan bahawa tiada gangguan pembayaran bil Air SYABAS melalui JomPAY dari 16 Mei sehingga 20 Mei 2016. Pelanggan boleh meneruskan pembayaran bil air melalui JomPAY seperti biasa pada tarikh-tarikh tersebut.

Pelanggan yang membayar bil air dari 16 Mei sehingga 20 Mei 2016 akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

Satu unit “iPod touch” akan dihadiahkan setiap hari dari 16 Mei sehingga 20 Mei 2016 untuk pemenang yang membayar bil melalui JomPAY.

Sempena dengan kempen ulang tahun JomPAY yang pertama, Drive home a BMW with JomPAY, pelanggan SYABAS yang membayar bil air melalui JomPAY layak untuk memenangi sebuah BMW dan menikmati bil dibayar selama setahun.

Kempen ini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 5 Ogos 2016.

Pelanggan boleh membayar melalui JomPAY di perbankan Internet dan telefon mudah alih bank-bank di Malaysia.


AMIN LIN ABDULLAH ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS