Pembebasan Wei Aik dialu-alukan

       

Saya mengalu-alukan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen George Town, Ibrahim Osman yang membebaskan anggota Parlimen DAP Ng Wei Aik daripada dakwaan bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, dakwaan-dakwaan hasutan ini bermotifkan politik dan dilaksanakan bagi mengekang kebebasan bersuara serta kritikan daripada masyarakat sivil dan pemimpin-pemimpin politik yang kritikal terhadap kerajaan.

Pentadbiran Najib perlu menerima hakikat bahawa selain daripada jaminan kebebasan bersuara oleh perlembagaan, anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri juga bertanggungjawab dari sudut moral untuk bersuara demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

Undang-undang hasutan adalah tinggalan zaman penjajah dan tiada tempat lagi dalam satu sistem yang utuh sebagai demokrasi berperlembagaan dengan kedaulatan undang-undang.


DATUK SERI MOHAMED AZMIN ALI menteri besar Selangor.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda