Saya ingin turut sama melahirkan sokongan kepada malaysiakini di atas tekanan yang diberikan oleh pihak kerajaan berikutan tulisan tentang gurauan 'April Fool's' .
Negara kita yang diancam oleh gejala rasuah yang berleluasa amat memerlukan pendedahan sebegitu rupa supaya dapat mencetuskan perbahasan yang lebih panas di kalangan pengundi yang merupakan 'bos' kepada kerajaan.
Tidak ada gunanya pihak BPR dan peguam negara hanya mengambil tindakan terhadap ikan-ikan bilis yang terlibat dengan gejala rasuah kerana jerung pun sepatutnya dikenakan tindakan di atas kapasiti mereka sebagai ekskutif dan pihak yang bertanggungjawab menggubal undang-undang anti-rasuah.
Akhir kata, saya mendoakan agar semua petugas di malaysiakini diberikan kekuatan oleh Tuhan untuk meneruskan agenda pembongkaran rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang diamanahkan oleh rakyat untuk mentadbir negara ini.
