Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya selaku seorang ahli Koperasi al Hilal Malaysia Berhad (Kohilal) risau dengan perkembangan yang dilaporkan malaysiakini tentang kemungkinan besar Kohilal terpaksa menanggung kerugian tambahan sebanyak RM 1.14 juta berikutan penghakiman mahkamah yang diperolehi oleh dua bekas pelaburnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu.

Sudahlah sebelum ini Kohilal telah menghadapi kerugian berjuta-juta ringgit akibat kelemahan pengurusan pelaburan koperasi itu yang diketuai Senator Hassan Shuki ketika itu, dan beliau kini menjadi Timbalan Presiden PAS.

Sampai ke hari ini tiada sebarang kenyataan mohon maafnya kepada ahli-ahli Kohilal, sebaliknya beliau memarahi ahli yang melakukan tindakan susulan untuk mendapatkan kembali wang pelaburan mereka dengan alasan tidak bersyukur dan sebagainya.

Sekiranya perkara kerugian sebegini rupa dilakukan oleh pemimpin Umno, sudah tentulah pemimpin saya, termasuk Senator Hassan mengamuk kononnya membela orang yang tertindas.

Nah, sudah beberapa tahun kami ahli-ahli Kohilal ditindas, mengapa tiada pembelaan terutamanya daripada presiden sendiri?

Saya sudah tidak sabar lagi. Saya akan pastikan isu kerugian Kohilal disentuh secara serius dan langkah konkrit menyelesaikan isu ini diambil dalam muktamar PAS di Kota Bharu pada bulan hadapan. Saya secara peribadi sudah hilang kepercayaan terhadap Senator Hassan dan saya tidak akan mengundi beliau lagi sebagai timbalan presiden.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS