Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Satu demi satu kenaikan harga kita alami sekarang. Untuk menyejukkan hati rakyat, ungkapan yang manis diperkatakan 'Tidak akan membebankan rakyat'.

Kenaikan kadar tol Ianya tidak akan membebankan rakyat.

Kenaikan harga petrol Ianya tidak akan membebankan rakyat.

Kenaikan harga diesel Ianya tidak akan membebankan rakyat.

Kenaikan tarif air Ianya tidak akan membebankan rakyat.

Kenaikan harga barangan Ianya tidak akan membebankan rakyat.

Kenaikan harga ayam Ianya tidak akan membebankan rakyat.

Kenaikan tambang bas dan teksi Ianya tidak akan membebankan rakyat.

Semua rakyat perlu ada insurans kesihatan Ianya tidak akan membebankan rakyat.

Kenaikan yuran pembelajaran Ianya tidak akan membebankan rakyat.

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang sahabat lama yang bekerja di Bahagian Hal-Ehwal Pelajar di salah satu universiti di Selangor. Beliau merasa amat sedih dengan apa yang dialami majoriti pelajar Melayu di sana.

Sudahlah mereka membuat pinjaman pelajaran dan wangnya disalurkan kepada pihak universiti, tetapi universiti berkenaan belum menyediakan kemudahan secukupnya untuk pembelajaran pelajar di bidang kejuruteraan.

Inilah senario cabaran yang dihadapi oleh kita semua. Namun kita semua tidak akan ambil kisah semua ini selagi ianya belum melibatkan diri kita sendiri, anak-anak kita sendiri. Bak kata seorang mangsa tsunami Acheh yang ditemuramah, masing-masing hidup sendiri-sendiri, nafsi-nafsi.

Dan kita dilekakan pula dengan pelbagai hiburan, konsert, anugerah muzik, Hitz muzik , hingga kita lupa melihat nasib orang di sekeliling kita.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS