Setelah mendapat pengesahan daripada Tan Sri Mahyuddin Yasin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 15 Disember 2016, dengan ini Sayap Srikandi mengumumkan pelantikan rasmi empat jawatan penggerak utama sayap berkuat kuasa 16 Disember 2016 seperti berikut:
- Nafeah Rostam - timbalan ketua Srikandi
- Norizan Idris - penolong setiausaha Srikandi
- Fatin Fariza Abdul Halim - penolong bendahari
- Siti Farah Abu Hassan - ketua penerangan
Semoga Sayap Srikandi akan terbang tinggi dengan kekuatan kuasa wanita baru yang membawa aspirasi sebenar keseluruhan rakyat Malaysia.
Tahniah dan selamat bertugas.
ANINA SAADUDIN Ketua Srikandi Pribumi Bersatu Malaysia.