Hadi akui kegagalan, serah kuasa pada Anwar
Muktamar PAS ke-51 jelas menunjukkan perasaan tidak bermaya dan putus harap Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang secara terus-terang mengaku beliau tidak mempunyai keupayaan untuk menerajui barisan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Agak malang dan menyedihkan apabila PAS yang merupakan parti pembangkang terbesar di Malaysia yang berbangga dengan keahliannya seramai satu juta orang itu, melutut merayu orang luar untuk menjadi ketua barisan pembangkang.
Ini tentu saja bermakna Abdul Hadi akur dan mengakui bahawa sesungguhnya beliau hanya boleh menjadi jaguh di gelanggang sendiri tertapi kecundang di arena yang lebih mencabar dan internasional.
Nasharudin Isa dikatakan ulama 'liberal' yang boleh bertutur dalam bahasa Arab dan juga Inggeris dan telah terdedah kepada dunia Arab dan dunia Barat. Selain menonjolkan imej keagamaan liberal dan moderat, Anwar Ibrahim juga aktif dalam menonjolkan diri kepada dunia Barat dan membuat hubungan baik dengan ramai pemimpin Amerika, Britain dan Eropah.
Kesemua aset Anwar dan Nasharudin ini yang boleh membawa barisan pembangkang mara ke persada yang lebih tinggi dan luas, jelas tidak dimiliki oleh Abdul Hadi.
Di muktamar ke-51 juga, ramai perwakilan PAS memuji-muji kesederhanaan hidup Tok Guru Haji Nik Aziz Nik Mat. Tidak pula terdengar pujian yang sama diberi kepada Abdul Hadi.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.