Barangan yang halalnya pada logo sahaja
Telah kita ketahui dari berita dan rencana dalam media massa tentang masaaah syarikat asing yang menyalahgunakan sijil halal . Pada mereka, yang penting adalah keuntungan. Perihal halal haram adalah perkara remeh. Yang penting, pihak yang berkuasa telah meluluskan permohonan 'Sijil Halal' mereka.
Yang menanggung kerugian terbesar adalah orang Islam di seluruh dunia yang berjumlah hampir dua bilion. Kita biarkan kemurnian agama kita diperolok-olokkan oleh orang bukan Islam. Kita meletakkan kepercayaan membekal makanan halal itu di tangan orang bukan Islam.
Makanan seperti lembu, kambing dan ayam diimport dari luar negeri Brazil, Amerika Selatan, Australia dan sebagainya. Sedangkan dalam negeri kita sendiri, mereka berani memperdayakan kita, apatah lagi bila tempat penyembelihan dan pembungkusan berada di luar negeri.
Banyak negara-negara Islam yang kaya dan mampu, tetapi mereka cuma menumpukan kepada perniagaan 'high class' seperti kereta, elektronik/komputer, pusat kewangan dan lain-lain. Ketua negara-negara Islam merasakan tugas untuk memastikan daging yang kita makan benar-benar halal dalam segala hal, adalah tanggung jawab negara Islam yang lain.
Jadi, untuk menjadi negeri penternak lembu, kambing dan ayam bukanlah sesuatu keutamaan. Mereka tidak berminat untuk melihat orang Islam makan makanan yang benar-benar suci yang diusahakan oleh orang Islam sendiri.
Maka, kita sebagai rakyat biasa, terpaksa akur dengan keadaan sekarang kerana ketua-ketua negara Islam memandang ringgan perkara ini. Kita tidak ada pilihan dan terpaksa juga makan daging yang ditinkan oleh syarikat bukan Islam, terpaksa menerima daging dari Brazil, Australia, Amerika Selatan (yang ada sijil halal ) yang entah berapa orang pekerjanya beragama Islam, dan entah bagaimana pula rupa penguatkuasaannya.
Kenapa? Tidakkah dua bilion umat Islam sudah mencukupi untuk menjadi pembeli daging dan /barangan halal yang dikeluarkan oleh syarikat hak milik negara Islam sendiri? Tidakkah ini juga mendatangkan untung kepada ekonomi negara-negara Islam. Kenapa mesti kita kejar sangat peniagaan 'high class'.
Kesihan anak cucu kita yang akan terus menelan barangan yang halalnya terletak pada logo sahaja.

