Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
Kenapa kebiadaban ini dibiarkan?
Diterbitkan:  Jan 13, 2017 12:13 PM
Dikemaskini: 4:17 AM

Tindakan pemimpin Gerakan yang menyatakan sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini adalah kebiadaban melampau dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

Perkara 3(1) perlembagaan negara ini jelas memperuntukkan agama Islam ialah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian.

Beliau tidak berhak mempertikaikan apa jua yang berkaitan amalan agama atau pun apa saja berkaitan umat Islam di negara ini.

Sewajarnya parti Gerakan yang telah lama bersama parti Umno yang kononnya tegar mempertahankan Islam dan Melayu tidak 'berani' mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Di manakah suara lantang 'pejuang Melayu' apabila rakan sebantal kamu pertikaikan sekolah agama yang anak kamu pergi setiap hari?

Apakah kerana parti Gerakan itu parti komponen dalam BN maka kebiadaban ini dihalalkan?


MOHD HAFEZ MUBIN MOHD SALLEH ketua penyelaras ARMADA Perak, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Lihat Komen
ADS